BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Movie Terbaru Paling Best

Monday, April 5, 2010

Menjelang Pertemuan Arsenal dan Barcelona di Emirate

Kali terakhir Juara Eropah, Barcelona, bertemu pasukan dari England berakhir dengan kemenangan yang sangat bermakna bagi skuad bimbingan Pep Guardiola. Malang bagi juara liga Inggeris, Manchester United, yang hanya menjadi penonton dalam perlawanan yang berat sebelah itu. Arsenal mengharapkan mereka tidak akan senasib seperti dalam perlawanan final tahun lalu.

Jika mereka ingin memastikan kutipan agregat mencukupi bagi perlawanan timbal balik di Nou Camp, mereka perlu melakukan sesuatu bagi memastikan penyerang licik dari Argentina, Lional Messi, tidak bermain dengan selesa dalam perlawan pertama awal pagi khamis ini.

Namun, Arsene Wenger menurut artikel di The Guardian, berkata mereka tidak akan menandakan mana mana pemain dalam skuad lawan bagi memperoleh mata. Barcelona dilihat masih mampu menggugat walaupun Lionel Messi tidak mendapat bola.

“Saya tidak pernak menandakan mana-mana pemain sepanjang saya menjadi jurulatih.” “Jika kami berbuat demikian, kami hanya akan menimbulkan masalah lain hanya untuk mengejar seorang pemain ke mana-mana.”

“Saya percaya kami berhadapan dengan pasukan yang mempunyai kelebihan dari pasukan lain di Eropah.” “Jadi kami akan tunjukkan kelebihan kami kepada mereka. Jika ada pasukan yang mampu mencabar Barcelona, pasukan itu ialah kami.”

Arsenal merupakan pasukan mengumpul jumlah gol terbanyak dalam Liga Juara Juara, manakala Andrei Arshavin menjadi pemain terbanyak melakukan bantuan gol. Fakta ini adalah kerana Arsenal kerap bermain dengan memonopoli bola. Corak permainan tersebut sangat berkesan bagi mereka, kecuali — Barcelona juga mempamerkan corak permainan yang sama. Dan mengikut statistik, purata kawalan bola Arsenal yang tinggi iaitu 35 minit dalam setiap perlawanan masih belum dapat menandingi kehebatan Barcelona yang mempunyai purata setinggi 48 minit.

Arsenal dan Barcelona mempunyai banyak persamaan dalam cara pembangunan dan pendidikan pemain. Mereka percaya dengan pemain-pemain muda bagi membarisi skuad utama.

Di Nou Camp, kembalinya Xavi dalam skuad utama setelah pulih daripada kecederaan memberikan khabar gembira buat Pep Guardiola. Formasi tengah Iniesta – Xavi – Yaya Toure dapat mengembalikan rentak perlahan dalam perlawanan liga terakhir mereka. Namun kecederaan yang dialami Iniesta dalam perlawanan hujung minggu lalu mengundang kebimbangan bagi peminat jika dia tidak dapat diturunkan.

Kebanyakan pemain utama Barcelona yang pernah membarisi skuad muda termasuk Messi, akan bertemu kembali dengan rakan sepasukan lama mereka yang mengambil keputusan untuk berhijrah pada tahun 2003, iaitu Cesc Fabregas. Hingga sekarang, Messi telah memenangi berpuluh-puluh piala kemenangan untuk Barcelona, namun bagi Cesc, hanya satu medal yang diperolehi sepanjang menyertai Arsenal iaitu Piala FA 2005.

Perlawanan nanti juga bakal menyaksikan pertemuan emosi Thierry Henry, bintang yang banyak membantu Arsenal sepanjang 1999 hingga 2007, dengan pasukan lamanya itu.


Ayuh sokong pasukan Pilihan anda.. kalau nak tanya aku aku sokong2 kedua2 tapi berat kepada The Gunners.. viva la Arsenal.....

0 comments: