BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Movie Terbaru Paling Best

Wednesday, April 7, 2010


Kebodohan Arsenal terserlah dgn permainan macam budak tadika mereka semalam hingga menyumbang kan Hatrick + 1 gol saguhati buat player terbaik Europah Lionel Messi,
membuatkan total aggregate adalah 6-3, mungkin tanpa kehadiran Fabregas ayam tambatan pasukan di tambah lagi dgn bermain di tempat lawan membuatkan kebodohan mereka terserlah walau bagaimanapu kemenangan ini sudah di jangka sejak sebelum azali lagi, memang Arsenal tak boleh main champion league .. nak kata jaguh kampung pun tak boleh, pasal yang asyik menang EPL Manchester United je.. tapi walaupun kecewa semalam melihat permainan Arsenal .. tetapi Die Hard Fan akan tetap menyokong the Gunners... maybe next season mereka bakal menyerlah

Monday, April 5, 2010

Menjelang Pertemuan Arsenal dan Barcelona di Emirate

Kali terakhir Juara Eropah, Barcelona, bertemu pasukan dari England berakhir dengan kemenangan yang sangat bermakna bagi skuad bimbingan Pep Guardiola. Malang bagi juara liga Inggeris, Manchester United, yang hanya menjadi penonton dalam perlawanan yang berat sebelah itu. Arsenal mengharapkan mereka tidak akan senasib seperti dalam perlawanan final tahun lalu.

Jika mereka ingin memastikan kutipan agregat mencukupi bagi perlawanan timbal balik di Nou Camp, mereka perlu melakukan sesuatu bagi memastikan penyerang licik dari Argentina, Lional Messi, tidak bermain dengan selesa dalam perlawan pertama awal pagi khamis ini.

Namun, Arsene Wenger menurut artikel di The Guardian, berkata mereka tidak akan menandakan mana mana pemain dalam skuad lawan bagi memperoleh mata. Barcelona dilihat masih mampu menggugat walaupun Lionel Messi tidak mendapat bola.

“Saya tidak pernak menandakan mana-mana pemain sepanjang saya menjadi jurulatih.” “Jika kami berbuat demikian, kami hanya akan menimbulkan masalah lain hanya untuk mengejar seorang pemain ke mana-mana.”

“Saya percaya kami berhadapan dengan pasukan yang mempunyai kelebihan dari pasukan lain di Eropah.” “Jadi kami akan tunjukkan kelebihan kami kepada mereka. Jika ada pasukan yang mampu mencabar Barcelona, pasukan itu ialah kami.”

Arsenal merupakan pasukan mengumpul jumlah gol terbanyak dalam Liga Juara Juara, manakala Andrei Arshavin menjadi pemain terbanyak melakukan bantuan gol. Fakta ini adalah kerana Arsenal kerap bermain dengan memonopoli bola. Corak permainan tersebut sangat berkesan bagi mereka, kecuali — Barcelona juga mempamerkan corak permainan yang sama. Dan mengikut statistik, purata kawalan bola Arsenal yang tinggi iaitu 35 minit dalam setiap perlawanan masih belum dapat menandingi kehebatan Barcelona yang mempunyai purata setinggi 48 minit.

Arsenal dan Barcelona mempunyai banyak persamaan dalam cara pembangunan dan pendidikan pemain. Mereka percaya dengan pemain-pemain muda bagi membarisi skuad utama.

Di Nou Camp, kembalinya Xavi dalam skuad utama setelah pulih daripada kecederaan memberikan khabar gembira buat Pep Guardiola. Formasi tengah Iniesta – Xavi – Yaya Toure dapat mengembalikan rentak perlahan dalam perlawanan liga terakhir mereka. Namun kecederaan yang dialami Iniesta dalam perlawanan hujung minggu lalu mengundang kebimbangan bagi peminat jika dia tidak dapat diturunkan.

Kebanyakan pemain utama Barcelona yang pernah membarisi skuad muda termasuk Messi, akan bertemu kembali dengan rakan sepasukan lama mereka yang mengambil keputusan untuk berhijrah pada tahun 2003, iaitu Cesc Fabregas. Hingga sekarang, Messi telah memenangi berpuluh-puluh piala kemenangan untuk Barcelona, namun bagi Cesc, hanya satu medal yang diperolehi sepanjang menyertai Arsenal iaitu Piala FA 2005.

Perlawanan nanti juga bakal menyaksikan pertemuan emosi Thierry Henry, bintang yang banyak membantu Arsenal sepanjang 1999 hingga 2007, dengan pasukan lamanya itu.


Ayuh sokong pasukan Pilihan anda.. kalau nak tanya aku aku sokong2 kedua2 tapi berat kepada The Gunners.. viva la Arsenal.....

Thursday, April 1, 2010

Dilema Otak - Otak

Dilema Otak - Otak


Otak-Otak Kempas  - Image

Gambar ( Otak-otak Kempas )

Hari ni dah macam - macam suwey melanda aku, dari awal bangun pagi kereta aku tak leh nak start .. selamat time baru2 nak Jumper pakai bateri spare tu tangan aku plak gatal-gatal nak try kononnya boleh hidup lah enjin aku, bakat kesabaran aku enjin kereta boleh juga di hidupkan, apa yg aku nak cerita ni bukan pasla kereta aku tetapi keadaan aku yg dah macam kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang , macam yg dah sedia maklum kalau malam2 aku akan meniaga otak2 di restoran BRJ di Alam Damai ( tak tahu mana alam damai click sini ) , memang tiap2 petang utk sesuap nasi utk mengisi perut yg kelaparan, biasanya aku tiap2 tengah hari aku akan ke Jalan pekeliling untuk ambil stok otak2 aku , tetapi lama kelamaan aku dah bosan, letih !!!!, bukan kenapa pasal tetiap nak ambil mesti jammed, kalau nak amik time malam2 plak kesian kat brader tu pasal tempat supplier pun rumah family tak nak mengacau dia plak, bukan tak nak ambil banyak2 .. kalau ambil pun nanti aku nak letak mana otak2 tu aku takde peti ais besar, maximum tempat sejuk beku peti ais aku kat rumah pun boleh muat 4 je... aku tak tahu apa nak buat... tlg bagi aku cadangan , aku buntu, aku buhsan hari2 ulang alik benda yg sama ... ingat time kerja opis dulu je ada traffic jammed ni... dah sekarang tak kerja pun masih kena traffic jammed, aku bosan ... aku bosan... apa perlu aku buat???

A) Cari supplier yg dekat-dekat jer
B) beli peti ais besar ( Korang bagi modal la )
C) tak payah meniaga, melepak lagi best
d) Cari barang meniaga yg lain, ( selain Makanan )

Bantulah daku yg dlm Dilema ni, aku tak sanggup nak tempuh jammed hari2 semata nak amik otak 4 beg jer, letih korang tau tak, ni kereta aku dah rosak ni 3 hari dah aku tak meniaga, kira brapa byk aku rugi ...

Serba Sedikit Tentang Israel

Cara Dajjal Menubuhkan Negara Yahudi Israel


Menyedari bahawa suatu platform antarabangsa dan komuniti diperlukan untuk perlaksanaan matlamat One World Government. Dajjal telah melakukan suatu perancangan rapi untuk menubuhkan negara Yahudi Israel melalui kaedah-kaedah perundangan antarabangsa dan sekiranya tidak berjaya kaedah paksaan akan digunakan.

Melalui pergerakan Illuminati yang majoriti ahli-ahlinya berkelulusan Undang-Undang, Dajjal dari pejabatnya di Segitiga Bermuda (menurut Muhammad Isa Dawud) telah merancang bahawa negara Yahudi perlu ditubuhkan melalui suatu gerakan NGO yang kuat yang dapat mempengaruhi ahli-ahli politik dunia.

Maka keputusan yang dibuat ialah menubuhkan pertubuhan Zionis. Pertubuhan ini akan berfungsi sebagai agen penggerak utama dalam menubuhkan negara Israel dan akhirnya bertindak sebagai pemerintah negara tersebut. Oleh itu seseorang perlu dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja-kerja ini.

Sejarah Pertubuhan Zionist Antarabangsa

Pertubuhan Zionist diasaskan oleh seorang bekas peguam yang berbangsa Yahudi iaitu Theodor Herzl (Gambar). Herzl dilahirkan di Budapest, Hungary. Dia menerima ijazah dalam perundangan tetapi memilih untuk menceburi bidang penulisan.

Bagaimana timbul idea menubuhkan Zionist ?

Menurut suatu sumber, pada 1891 semasa Herzl berumur 31 tahun, dia telah berhijrah ke Paris sebagai tetamu undangan bagi persidangan akhbar Vienna Neue Presse. Dia menganggap peningkatan sikap anti-sematik (anti yahudi) timbul kerana fahaman dan sikap orang yahudi sendiri yang tidak mahu berubah. (Sumber ini mungkin rekaan sahaja untuk menutup cerita bahawa Herzl sebenarnya sedang diarah “seseorang” bukannya suka-suka pergi Paris)

Semasa di Paris, dia menyaksikan sikap anti-sematik yang menebal di Francis semasa cuba membela Dreyfus yang cuba menyatakan kesaksian bagi kes penindasan Yahudi. Bila Herzl meninjau kelibat Alfred Dreyfus, dia terdengar suara sumbang dari para hadirin mengatakan “Death to the Jews!, death to the Jews!“. Dreyfus ialah seorang Yahudi sejati serta berpangkat besar dalam ketenteraan negara Perancis.



(Gambar) Alfred Dreyfus

Namun begitu, orang Perancis sangat maju, berbudaya di dunia. Sifat anti-sematik mereka susah untuk dihakis. Herzl berasa kurang senang dan menyimpulkan bahawa penyelesaian terhadap sifat anti-sematik ialah menempatkan semula mereka (minoriti Yahudi) di tanah bumi asal mereka iaitu Palestin.

Anti-Sematik akan pudar, dia percaya, hanya bila Yahudi mempunyai negara mereka sendiri. Daripada itu, Herzl menubuhkan gerakan politik Zionist.

Selepas berjumpa Dreyfus, Herzl telah menggunakan sepenuh masa hidupnya untuk mencapai matlamatnya iaitu membina sebuah Negara Yahudi merdeka. Dia mula membuat risalah (brochure) dan mengedarkan risalah-risalah berikut dikalangan Yahudi Eropah. Risalahnya itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Yahudi Eropah dari pelbagai negara.

Dalam tahun 1897, kongres pertama Dunia Zionist telah diadakan di Bassel, Switzerland. Ia merupakan kali pertama orang-orang Yahudi seluruh dunia berjumpa untuk membincangkan agenda politik. Bahasa perantaraan yang digunakan dalam kongress tersebut ialah bahasa Jerman. Mereka sedar bahawa organisasi politik perlu dibentuk untuk mencari negara baru. Kongress sebulat suara mengundi Herzl sebagai Presiden organisasi. Mereka mula menetapkan tarikh akhir, menetapkan corak bendera, dan bersetuju membuat perjumpaan setahun sekali. Pada pejumpaan pertama tersebut, Herzl telah berucap dengan mengatakan “Jika kamu semua berkendak, maka ia bukan lagi fantasi.”

(Gambar atas) Herzl berucap dalam Kongres ke-2 Zionis di Bassel.

Tidak dinafikan bahawa hasrat Herzl menubuhkan negara Yahudi iaitu Israel didorong oleh arahan dari pemimpinnya dalam pergerakan Illuminati. Cara Herzl bekerja adalah luar biasa. Dia tidak lagi menghiraukan akan kerjayanya dan keluarganya, malah yang lebih aneh ialah ia tidak perlu mencari sumber kewangan untuk bergerak ke serata dunia. Dari mana dia mendapatkan semua kos pengangkutannya ke sana ke mari itu?

Tidak lain adalah dari jutawan-jutawan yang juga ahli Illuminati. Jutawan-jutawan ini telah diarahkan untuk membantu Herzl dari sumber kewangan sebagai jalan memudahkan kerja-kerja Herzl. Jutawan-jutawan ini juga berbangsa Yahudi atau dikenali sebagai financiers.

Herzl Diherdik Khalifah

Persetujuan yang diperoleh tentang kawasan negara Israel ialah bumi Palestin. Pemilihan ini dibuat berasaskan disitulah tempat lahirnya Nabi Yaakub a.s. yang juga digelar bapa Bani Israel (Nama Israel adalah gelaran kepada Nabi Yaakub). Namun begitu, hasrat ini terhalang kerana ketika itu Palestin di bawah kekuasaan Kerajaan Islam Turki Uthmaniah. Khalifah Islam ketika itu ialah Sultan Abdul Hamed II (1876-1909) iaitu khalifah yang sangat tegas dan patuh kepada ajaran Islam.

(Kiri) Sultan Abdul Hamed ketika berumur 30-an. (Kiri) ketika lewat 60-an.

Herzl berangkat ke Turki pada Mei 1901 untuk berjumpa Khalifah. Misi Herzl ke sana ialah memujuk Khalifah menyerahkan bumi Palestin kepada orang-orang Yahudi. Malangnya, Khalifah enggan menyerahkannya kepada orang-orang Yahudi, malah permintaan Herzl itu dibalas dengan kata-kata berikut;

Beta lebih rela ditikam dengan besi daripada melihat Palestin hilang.

Herzl terkejut dengan pendirian Sultan Abdul Hamed, perasaan dendamnya pada khalifah tidak dapat dibendung lagi. Tetapi dendamnya perlu disimpan dahulu, jalan lain harus difikirkan sebagai menunaikan hasrat menubuhkan negara Israel.

Selepas itu, Herzl berhijrah ke seluruh dunia untuk mencari tempat yang sesuai bagi menubuhkan negara Israel. Herzl tahu itulah tugas yang diberi oleh pemimpinnya (Dajjal) sepanjang hidupnya, jika gagal mungkin ia akan ditimpa masalah.

Pada 1903 Joseph Chamberlain dari British Royal Commission telah menawarkan khidmat berunding dengan kerajaan Mesir bagi mendapatkan tempat di Selatan Palestin iaitu Semenanjung Sinai. Malangnya, rundingan gagal. Kerajaan British selepas itu menawarkan kawasan di Utara Afrika iaitu Uganda dan Cyprus. Herzl membawa cadangan ini kepada Kongres Zionis di Bussel.

Keputusan yang dibuat pada kongres ke-6 itu ialah persidangan sebulat suara tidak bersetuju dan bumi Palestin adalah kawasan terbaik untuk penempatan negara Israel memandangkan ia adalah bumi sejarah Yahudi dan makam Nabi Yaakub.

Herzl gagal dalam melaksanakan misi Illuminati, Zionis dan pemimpinnya Dajjal. Pada 1904, Herzl telah mati akibat serangan sakit jantung. Mayat beliau ditanam di Edlach, Selatan Austria. Herzl mati ketika berumur 44 tahun.

Taktik Akhir Dajjal Mendapatkan Palestin

Satu arahan diturunkan oleh Dajjal kepada pemimpin Zionis (pengganti Theodor Herzl) dalam melaksanakan misi mendapatkan Palestin. Arahan tersebut ialah “merencanakan revolusi menjatuhkan Kerajaan Khalifah Uthmaniah pimpinan Sultan Abdul Hamed IV. Tugasan ini diberikan kepada ahli freemason Yahudi Turki iaitu Mustapha Kamal Attartuk. Misi Mustafa Kamal mendapatkan Palestin berjaya apabila berjaya menggulingkan kerajaan Khalifah Islam terakhir itu dalam Revolusi Turki pada 27 April 1920

(Kiri) Semasa Revolusi 1919. (Kanan) Ketika Menjadi bapa kemodenan Turki

Namun negara Yahudi tidak dapat ditubuhkan lagi atas sebab-sebab tertentu.

(Atas) Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed IV meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Attartuk pada 1922.


nak baca lebih lanjut korang pergi ke sini http://ibnuyaacob.com/?p=27

Macam Mana Nak Save Duit


Tadi ada seorang kawan aku, dia seorang nurse. Nurse lelaki. Tanya aku, macam mana nak tambah pendapatan atau tambah duit poket. Sekurang-kurangnya dapatlah dalam RM300-RM400 sebulan. Dia kata dia dengan bininya memang hidup agak sesak. Lagi-lagi bila dah ada anak yang baru lahir. Memang pakai banyak duit katanya. Duit simpanan memang tak banyak. Yang ada pun katanya, akan habis juga. Gaji nurse lelaki pun takdelah banyak sangat. Tapi kira boleh hiduplah, boleh makan, boleh makan nasi dan ikan.

Aku tanya kawan aku tu balik. Tiga perkara. Pertama, macam mana dia menguruskan kewangan dia. Duit keluar dan duit masuk. Dia catat atau tidak. Pernah buat kira-kira secara kasar atau tak. Yang kedua, bagaimana dia menjimatkan duit gaji dia. Yang ketiga, macam mana dia nak gandakan duit yang dia ada atau ada tak pendapatan sampingan yang membantu gaji yang beliau ada sekarang. Itu sahaja yang aku tanya. Dan seperti biasa, memang dia agak terkejut sebab tak sangka aku tanya soalan-soalan yang dianggap maut bagi sesetengah manusia kat Bumi ni. Maut sangat ker soalan tu? Belum lagi soalan dalam kubur lagi..

Jawapan dari kawan aku. Dia memang tak buat saving. Duit simpanan yang dia ada tu pun sebab dia potong RM100 setiap-setiap bulan kat bank lain. Tapi kekadang, terpaksa pakai. Jadi, nak kata menyimpan, memang macam tak simpan. Bab buat menguruskan kewangan. Dia memang tak buat. Main agak-agak aje. Rasa macam membazir. Dia tak beli. Rasa cam nak makan, dia beli aje. Rasa cam nak, dia sapu aje. Main agak-agak. Itu jawapan yang lebih tepat dari tafsiran aku. Jawapan untuk soalan yang terakhir pula, dia bagitau dia memang tak ada side income. Memandangkan kerja sebagai nurse, kena pulak nurse lelaki, dia memang sibuk katanya. Aku susah nak jawab, sebab bagi aku semua orang sibuk kat dunia ni. Sibuk dengan hal masing-masing. Tapi masih ada masa untuk luangkan masa dengan orang tersayang, buat side income, jaga anak-anak, main badminton, mengutuk, gosip sana-sini dan sebagainya..

Ok. Ini jawapan dari aku. Mungkin lebih kepada saranan dan nasihat. Aku cuma mintak dia buat beberapa perkara. Ala, perkara biasa aje. First sekali, jaga hubungan kita. Hubungan kita dengan manusia dan hubungan kita dengan Allah. Memang ada orang pandang remeh bab ni, tapi inilah yang aku sarankan setiap kali ada kawan lelaki atau perempuan yang bertanya tentang cara-cara nak tambah duit poket ni. Jaga hubungan. Jangan ada yang dengki dengan kita, jangan ada terasa, jangan menyombong dengan masyarakat, jangan bangga tak bertempat, jaga lidah kita, kenduri tu janganlah setahun sekali je datang, rajin-rajinlah melawat jiran dan saudara dan sebagainya. Aku tahu ada yang mungkin rasa bab ni macam tak ada kaitan. Tapi cubalah korang fikir sejenak, kita tak hidup bersendirian kat dunia ni. Tanpa orang lain, kita adalah orang yang tak berguna. Jika korang jual barang, kalau tak ada orang nak beli barang korang, barang korang takkan lakukan? Korang perlukan pelanggan yang akan membeli barang korang. Kita masih perlukan orang lain. Jadi, jaga hubungan, jaga pertuturan dan jaga adab. Dengan Allah pun jangan lupa, dan jangan sombong. Kita ni insan kerdil aje..

Selain itu, aku cadangkan dia kawal duit keluar dan duit masuk. Maksudnya dia kena kawal kewangan dia. Pastikan duit masuk tu lebih banyak daripada duit yang keluar. Beli barang apa yang patut. Makan pun tak perlulah mahal setiap hari. Ala kadar aje. Nak makan sedap pun, pilih hari-hari tertentu. Masa hari jadi ke hari ulang tahun ke, hari jadi anak ke, hari cuti ke..tidakpun pilih satu hari dalam 1 minggu, makanlah yang sedap-sedap sikit waktu tu. Itu yang aku buat, pilih satu hari. Haa, melantaklah masa tu. Tapi kena gak control budget, jangan over sangat. Kita kena kawal tu. Kalau tak, jangan harap nak menyimpan..

Yang terakhir, korang kena cari duit sampingan. Ini yang aku katakan tadi, duit masuk. Samada untuk cari side income melalui offline atau online seperti yang aku lakukan atau pilih sahaja cara yang korang berkenan. Jual beger ke, jual jambu ke, jual surat khabar ke, meniaga karipap panas ke. Buat ajelah. Jangan bertangguh-tangguh. Dan selepas ada duit sikit, simpan duit korang tu dalam bank atau labur kat ASB atau tempat-tempat yang boleh kita labur tanpa keraguan. Beli saham ke beli bon ke. Pilihlah dan labur duit anda kat situ. Tidak pun, simpan dalam Tabung haji, cukup masa dan duit. Leh buat haji..

Itu aje. Aku kurang pasti dia suka atau tidak dengan saranan aku tu. Tapi aku harap ianya akan membantu. Korang masih

Ps: Saje tak nak kaco dia hari ni. Dia resah ke tak. Haha.. :)