BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Movie Terbaru Paling Best

Thursday, April 1, 2010

Macam Mana Nak Save Duit


Tadi ada seorang kawan aku, dia seorang nurse. Nurse lelaki. Tanya aku, macam mana nak tambah pendapatan atau tambah duit poket. Sekurang-kurangnya dapatlah dalam RM300-RM400 sebulan. Dia kata dia dengan bininya memang hidup agak sesak. Lagi-lagi bila dah ada anak yang baru lahir. Memang pakai banyak duit katanya. Duit simpanan memang tak banyak. Yang ada pun katanya, akan habis juga. Gaji nurse lelaki pun takdelah banyak sangat. Tapi kira boleh hiduplah, boleh makan, boleh makan nasi dan ikan.

Aku tanya kawan aku tu balik. Tiga perkara. Pertama, macam mana dia menguruskan kewangan dia. Duit keluar dan duit masuk. Dia catat atau tidak. Pernah buat kira-kira secara kasar atau tak. Yang kedua, bagaimana dia menjimatkan duit gaji dia. Yang ketiga, macam mana dia nak gandakan duit yang dia ada atau ada tak pendapatan sampingan yang membantu gaji yang beliau ada sekarang. Itu sahaja yang aku tanya. Dan seperti biasa, memang dia agak terkejut sebab tak sangka aku tanya soalan-soalan yang dianggap maut bagi sesetengah manusia kat Bumi ni. Maut sangat ker soalan tu? Belum lagi soalan dalam kubur lagi..

Jawapan dari kawan aku. Dia memang tak buat saving. Duit simpanan yang dia ada tu pun sebab dia potong RM100 setiap-setiap bulan kat bank lain. Tapi kekadang, terpaksa pakai. Jadi, nak kata menyimpan, memang macam tak simpan. Bab buat menguruskan kewangan. Dia memang tak buat. Main agak-agak aje. Rasa macam membazir. Dia tak beli. Rasa cam nak makan, dia beli aje. Rasa cam nak, dia sapu aje. Main agak-agak. Itu jawapan yang lebih tepat dari tafsiran aku. Jawapan untuk soalan yang terakhir pula, dia bagitau dia memang tak ada side income. Memandangkan kerja sebagai nurse, kena pulak nurse lelaki, dia memang sibuk katanya. Aku susah nak jawab, sebab bagi aku semua orang sibuk kat dunia ni. Sibuk dengan hal masing-masing. Tapi masih ada masa untuk luangkan masa dengan orang tersayang, buat side income, jaga anak-anak, main badminton, mengutuk, gosip sana-sini dan sebagainya..

Ok. Ini jawapan dari aku. Mungkin lebih kepada saranan dan nasihat. Aku cuma mintak dia buat beberapa perkara. Ala, perkara biasa aje. First sekali, jaga hubungan kita. Hubungan kita dengan manusia dan hubungan kita dengan Allah. Memang ada orang pandang remeh bab ni, tapi inilah yang aku sarankan setiap kali ada kawan lelaki atau perempuan yang bertanya tentang cara-cara nak tambah duit poket ni. Jaga hubungan. Jangan ada yang dengki dengan kita, jangan ada terasa, jangan menyombong dengan masyarakat, jangan bangga tak bertempat, jaga lidah kita, kenduri tu janganlah setahun sekali je datang, rajin-rajinlah melawat jiran dan saudara dan sebagainya. Aku tahu ada yang mungkin rasa bab ni macam tak ada kaitan. Tapi cubalah korang fikir sejenak, kita tak hidup bersendirian kat dunia ni. Tanpa orang lain, kita adalah orang yang tak berguna. Jika korang jual barang, kalau tak ada orang nak beli barang korang, barang korang takkan lakukan? Korang perlukan pelanggan yang akan membeli barang korang. Kita masih perlukan orang lain. Jadi, jaga hubungan, jaga pertuturan dan jaga adab. Dengan Allah pun jangan lupa, dan jangan sombong. Kita ni insan kerdil aje..

Selain itu, aku cadangkan dia kawal duit keluar dan duit masuk. Maksudnya dia kena kawal kewangan dia. Pastikan duit masuk tu lebih banyak daripada duit yang keluar. Beli barang apa yang patut. Makan pun tak perlulah mahal setiap hari. Ala kadar aje. Nak makan sedap pun, pilih hari-hari tertentu. Masa hari jadi ke hari ulang tahun ke, hari jadi anak ke, hari cuti ke..tidakpun pilih satu hari dalam 1 minggu, makanlah yang sedap-sedap sikit waktu tu. Itu yang aku buat, pilih satu hari. Haa, melantaklah masa tu. Tapi kena gak control budget, jangan over sangat. Kita kena kawal tu. Kalau tak, jangan harap nak menyimpan..

Yang terakhir, korang kena cari duit sampingan. Ini yang aku katakan tadi, duit masuk. Samada untuk cari side income melalui offline atau online seperti yang aku lakukan atau pilih sahaja cara yang korang berkenan. Jual beger ke, jual jambu ke, jual surat khabar ke, meniaga karipap panas ke. Buat ajelah. Jangan bertangguh-tangguh. Dan selepas ada duit sikit, simpan duit korang tu dalam bank atau labur kat ASB atau tempat-tempat yang boleh kita labur tanpa keraguan. Beli saham ke beli bon ke. Pilihlah dan labur duit anda kat situ. Tidak pun, simpan dalam Tabung haji, cukup masa dan duit. Leh buat haji..

Itu aje. Aku kurang pasti dia suka atau tidak dengan saranan aku tu. Tapi aku harap ianya akan membantu. Korang masih

Ps: Saje tak nak kaco dia hari ni. Dia resah ke tak. Haha.. :)

0 comments: